Saturday, August 15, 2009

Friday, August 14, 2009

Dua bayi antara lima korban terbaru H1N1
Jumlah kematian meningkat 56 orang, 72 masih dirawat.............................

Cerita dari isteri sebelum pemergian Ustaz Asri pada saat akhir
PERGI tak kembali... meratapi pemergian arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, yang telah meninggalkan kita untuk selamanya..................

Sudah-sudahlah kisah Yasmin Salam.
Setiap hari selepas daripada kematian Pengarah Yasmin cerita berkenaan beliau saban hari terpapar di dada media cetak dan internet.


Jangan lebih lajak dari laju
SETIAP insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar.
JUMAAT HARI KEBESARAN UMAT ISLAM
JIKA orang Yahudi selalu bermegah dengan hari Sabtu sebagai hari kebesaran mingguan mereka


H1N1: Kondom Dan Jarum Suntikan Percuma Boleh Diberi Kepada Penagih Dadah, Kenapa Kerajaan BN Tidak Usaha BeriTopeng Percuma Kepada Rakyat !!

Video Saat-saat kematian Ustaz Asri Rabbani...........

Pelakon & pelawak Param meninggal dunia
Pelakon dan pelawak veteran, Param Periaphanby, 55, telah meninggal dunia pada pukul 6 pagi tadi akibat sakit jantung di Hospital Kuala Lumpur..............

Pesta lesbian
Berselindung di sebalik sambutan hari kemerdekaan negara yang bakal disambut hujung bulan ini.......................

Jangan meniru seperti Yahudi
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan

Suu Kyi kena 18 bulan
Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam didapati bersalah oleh mahkamah dan ditahan 18 bulan kerana melanggar undang-undang keselamatan dalam negara.............

Suara Yang Didengari Mayat
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga: Keluarga, Hartanya, Dan Amalnya..............

Thursday, August 13, 2009

Emma Watson nipple slip
Gadis sunti yang melakonkan watak Hermione Granger di’dalam filem terbaru Harry Potter and the Half-Blooded Prince (— tayangan Malaysia 16 Julai 2009) secara tidak sengaja telah...............

Ustaz Asri Selamat Dikebumikan
Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21......................

Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia…Wajah Arwah Bersih, Tersenyum
Posted on Ogos 13, 2009 by syahrilkadir

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar..........................

Isu Arak Selangor Selesai (updated)
Salah faham berhubung isu pengharaman arak di negeri Selangor melibatkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dengan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew selesai.............................


Wednesday, August 12, 2009

4 PERKARA UNTUK SIHAT
+Seterusnya...

Bukan Noordin..
Polis Indonesia hari ini mengesahkan bahawa mayat lelaki yang ditembak mati di Temanggung pada Sabtu lalu ialah pengganas yang dikenali sebagai Ibrohim, 37, yang terlibat merancang dan mengatur pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.Foto AP.

+Seterusnya...

Bongkar: 'RM10 juta untuk presiden MCA'
Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.
+Seterusnya...

Transformasi Artis Jejaka Malaysia
Transformasi ini hanyalah untuk teater Patung Kertas musim ke-2. Ramai lagi artis jejaka Malaysia melalui proses transformasi menyusul di’bawah.
+Seterusnya...

Paris Hilton-Doug Berciuman Mesra di Pulau Fiji
Paris Hilton dan mantan pacarnya Doug Reinhardt dikabarkan kembali menjalin hubungan lagi setelah putus Juni lalu. Keduanya menghabiskan liburan romantis di Kepulauan Fiji.
+Seterusnya...

Sheeda dan suami berposing
Penyanyi dangdut , Sheeda yang juga ibu kepada penyanyi Bienda berposing bersama suami tercinta, Sukri Hashim..
+Seterusnya...

Sharifah Sofia dan boyfreinds ??
+Seterusnya...

H1N1: Dua bayi mati, jumlah 44
Aug 12, 09 4:33pmkemaskini 6.24pm
Dua bayi dan seorang wanita hamil antara enam korban terbaru wabak influenza A (H1N1).......... +Seterusnya...

Tambang baru bas ekspres raya
PENGANGKUTAN bas ekspres menjadi pilihan utama orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.
+Seterusnya...

Penduduk rakam UFO di Australia
Seorang penduduk tempatan di Northern Territory, Australia mendakwa berjaya mengesan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) yang sedang bergerak di angkasa, lapor sebuah akhbar semalam....+Seterusnya...

Keputusan bedah siasat Jacko siap
LOS ANGELES - Keputusan bedah siasat bagi merungkai misteri kematian Michael Jackson sudah lengkap tetapi pihak polis enggan menyiarkan keputusan pembedahannya sehingga penyiasatan selesai, lapor sebuah akhbar semalam.+Seterusnya...

Tuesday, August 11, 2009

Kristal yang menyakitkan
Oleh SHANIKA ABDULLATIB
PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati.
+Seterusnya...

Kenapa saya pilih lelaki Inggeris?
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMATsuzana.rajahamat@kosmo.com.my
Dua bulan lepas dia dah lamar saya, tapi bukan dalam acara peminangan yang lazim dilakukan, kami dah bertunang sendiri-sendiri
+Seterusnya...
Ianya bukan mayat Mat top.
Isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.
+Seterusnya...

P’raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.
+Seterusnya...

Akhil Kurang Setuju Tindakan Maizawati
program raya khas terbitan Astro Oasis, baru-baru ini, Murai Batu dimaklumkan bahawa Akhil sebenarnya kurang bersetuju apabila Maizawati dilantik menjadi duta produk.
+Seterusnya...

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAABAN
Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia.
+Seterusnya...

H1N1: Seorang anak Tengku Puan Pahang belum pulih.
Keadaan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan empat daripada lima anakanda baginda yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas dijangkiti H1N1 sejak Jumaat lalu kini stabil.
+Seterusnya....

Monday, August 10, 2009

Minuman isotonik

TEKAK yang kering dan dahaga semestinya terasa nikmat apabila dibasahi dengan minuman yang menyegarkan.
+Seterusnya....
Menteri kesal sekitar Lembah Klang masih tiada gula
KAHARmartin.kahar@kosmo.com.my

RAK di sebuah pasar raya di Cheras, Kuala Lumpur sudah kehabisan gula dan fenomena ini begitu membimbangkan pengguna terutama menjelang bulan Ramadan dan musim perayaan.
+Seterusnya.....
ENAM LAGI MATI AKIBAT SELSEMA BABI HARI INI.

Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai lalu.Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut.Keenam-enam kematian itu antara 203 kes terbaru yang dilaporkan hari ini - kenaikan kes tertinggi dalam satu hari - menjadikan jumlah keseluruhannya 1,983 kes.
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAHAN
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA.
Seterusnya......

Nisfu Syaaban dan Ramadan
Membaca yasin adalah antara amalan umat Islam apabila menyambut nisfu Syaaban. SEKARANG kita sudah semakin hampir ke penghujung Syaaban dan semakin mendekati Ramadan al-Mubarak, alhamdulillah.
Seterusnya.......
Gejala dan Rawatan Beguk

Beguk adalah penyakit yang disebabkan jangkitan dan biasanya merebak melalui air liur.
+Seterusnya......

Sunday, August 9, 2009

Gadis ditikam, disimbah asid selepas dirogol
GUA MUSANG 9 Ogos - Seorang lelaki ditemui mati setelah bertindak kejam - memperkosa, menikam dan kemudian menyimbah asid untuk membunuh anak tirinya di sebuah ladang getah dekat sini hari ini.
Kerana terlalu takut perbuatannya terbongkar, lelaki berusia 58 tahun itu dipercayai meminum asid. Mayatnya kemudiannya ditemui oleh penduduk kampung.
Gadis malang berusia 15 tahun itu kini kritikal. Dia dirawat di Hospital Kuala Krai sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini lewat petang ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supritendan Aziz Hasan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.30 ketika penoreh getah itu yang memboncengkan mangsa menaiki motosikal dalam perjalanan ke bandar Gua Musang.
Bagaimanapun, lelaki itu menukar haluan menuju ke Aring 6 dan singgah di sebuah ladang sebelum merogol mangsa.
Beliau berkata, selepas merogol anak tirinya, lelaki itu bertindak menikam dan menyimbah asid di tubuh mangsa.
"Perbuatannya itu disedari oleh penduduk kampung lalu bergegas untuk menyelamatkan mangsa dan lelaki terbabit terus bertindak meminum asid dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
"Penduduk kampung berusaha membawa mangsa untuk mendapat rawatan di klinik kesihatan berdekatan," katanya.
Kata Aziz, penduduk kampung kemudian menghubungi polis kira-kira pukul 1 petang yang kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dipercayai mati selepas meminum asid.
"Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah dekat sini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal," ujarnya.
Noordin sempat minta tolong

RUMAH persembunyian Noordin di sebuah kampung di Jawa Tengah selepas diserbu skuad elit antipengganas polis Indonesia, semalam.
Pengganas maut rumah tengah bendang dihujani peluru skuad elitTEMANGGUNG: Suspek pengganas warga Malaysia, Noordin Mohd Top sempat menjerit meminta tolong ketika rumah tempat persembunyiannya di sebuah kampung di Jawa Tengah dihujani peluru yang ditembak skuad elit antipengganas polis Indonesia. Maklumat yang diperoleh daripada unit antipengganas, Detasemen Khusus 88 Antiteror (Densus) mengesahkan yang maut dalam serbuan itu adalah Noordin.
Menurut maklumat yang diperoleh Noordin mula menginap di rumah seorang yang bernama Mozahri Selasa lalu. Dia dibawa ke rumah itu oleh Mozahri dari Jepara, Jawa Tengah. Ketika polis menyerbu rumah di tengah-tengah sawah padi itu, hanya Noordin seorang diri di rumah itu kerana Mozahri dan dua anak saudaranya Arif (38) dan adiknya, Hendra (34), sudah ditangkap sehari sebelumnya oleh polis. Sumber polis berkata, Noordin sempat berteriak meminta tolong ketika anggota Densus meledakkan bilik sisi kanan rumah berkenaan.

POLIS mengusung keluar mayat Noordin selepas serbuan, semalam.

Bagaimanapun, polis tidak menghiraukan teriakan itu. Bahkan terus menghujani rumah itu dengan peluru kerana bimbang teriakan itu hanya satu helah. Berikutan tembakan oleh polis itu, Noordin melarikan diri ke bilik mandi di belakang rumah. Sekitar jam 7.50 pagi semalam, polis kembali meledakkan bom yang diletakkan di tepi kanan rumah. Ini dilakukan untuk membuka ruang gerak bagi penembak. Pada ketika itu, kedudukan Noordin semakin tersepit apabila tembok yang memisahkan di antara ruang tengah dan kamar sisi kanan juga berlubang sama sekali. Noordin akhirnya ditemui terbunuh ditembusi peluru ketika bersembunyi di dalam bilik mandi. - Agensi
Guan Eng: Permintaan Melampau, Tiada Lagi Rundingan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pihaknya tidak akan meneruskan lagi perbincangan dengan penduduk Kampung Buah Pala selepas mereka menolak jalan penyelesaian yang diusulkan kerajaan negeri.Beliau berkata kerajaan negeri kesal para penduduk menolak tawaran rumah dua tingkat untuk setiap keluarga dan sebaliknya menuntut pihaknya membayar pampasan RM3.5 juta kepada mereka.Walaupun kerajaan negeri memahami situasi yang dihadapi penduduk, namun tuntutan RM3.5 juta ini, kata Guan Eng, telah melampaui batas.“Jangan membuat tuntutan yang berlebihan, kita menawarkan sebuah rumah teres dua tingkat ditempat asal mereka bernilai hampir RM600 ribu di Pulau Pinang.Mereka tiada peluang duduk di rumah teres dua tingkat, malah ramai rakyat di Pulau Pinang tidak mempunyai peluang sebegini.“Sekarang mereka menuntut rumah yang bernilai RM3.5juta. Saya rasa kerajaan negeri telah buat apa yang mampu, kita serahkan kepada mereka untuk membuat pilihan. Kalau mereka tidak mahu, itu terpulang mereka mungkin mereka boleh mencari orang luar yang boleh menuntut sebuah rumah bernilai RM3.5juta,” katanya.Guan Eng menambah rakyat Pulau Pinang telah mendengar hujah dan kenyataan dari semua pihak, yang menunjukkan penduduk kampung sering bertukar fikiran. Rundingan awal bersama penduduk yang menghasilkan persetujuan positif sebelum ini akhirnya terbantut dengan sikap sebegini.Kampung Buah Pala bertitik-tolak dari penempatan tanah estet penjajah British, dan tanah penempatan ini diserahkan semula kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sebaik-sahaja Malaya mengecapi Kemerdekaan.Pihak kerajaan negeri bagaimanapun membenarkan penduduk Kampung Buah Pala menetap diatas tanah tersebut melalui Lesen Penempatan Sementara atau TOL.Kerajaan BN menjual tanah Kampung Buah Pala kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang, yang kemudiannya mengikat kontrak dengan Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd untuk memajukan projek pangsapuri mewah di tanah terbabit.Kes ini dibawa ke muka pengadilan, namun keputusan mahkamah memihak kepada pemaju. Selepas siri-siri tunjuk perasaan dan perbalahan, kerajaan negeri akhirnya campurtangan dan menawarkan cadangan supaya pemaju memperuntukkan sebahagian tanah itu untuk penempatan Kampung Buah Pala.Dalam pada itu juga, penduduk ditawarkan rumah dua tingkat bernilai RM600,000 di negeri pulau yang semakin kesempitan tanah itu.Penduduk menolak tawaran ini atas alasan rumah dua tingkat ini hanya akan siap dalam masa dua tahun, dan sementara menunggu kediaman baru mereka siap, mereka hilang punca tidak tahu menetap dimana.Memburukkan lagi keadaan dengan campungan pihak-pihak tertentu. Isu Kampung Buah Pala bertukar panas apabila masalah ini menjadi perbalahan kaum selepas pemimpin Hindraf menuduh kerajaan negeri mahu menghapuskan apa yang mereka dakwa kampung warisan masyarakat India.Kontroversi ini bertambah huru-hara apabila Hindraf beria-ira mahu membawa kes ini kepada Unesco supaya badan dunia itu menarik balik status Kotaraya Warisan yang dianugerahkan kepada Georgetown kerana membenarkan penempatan sementara ini diratakan.Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa ia adalah susah untuk berunding dengan penduduk Kampung Buah Pala kerana mereka asyik menukar fikiran dan semalam Pengerusi Pertubuhan kampong tersebut membuat laporan polis terhadap beliau mengenai kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.MIC, yang turut beria-ria mendapatkan kembali keyakinan masyarakat India, menawarkan RM3.2 juta untuk membeli tanah itu dan menyerahkannya secara percuma kepada penduduk.Kerajaan negeri, yang turut didesak supaya membeli tanah itu pada harga RM3.2 juta, bagaimanapun tidak mampu berbuat demikian kerana undang-undang menetapkan bahawa urusan tanah tidak boleh diuruskan sewenang-wenangnya, tidak sepertimana dibawah pemerintahan BN dahulu.Nilai tanah Kampung Buah Pala dianggarkan mencecah RM100 juta ringgit.
Selangor minta kedai serbanika kawal jualan minuman keras

SHAH ALAM, 7 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor meminta para peniaga kedai serbanika yang beroperasi 24 jam di negeri itu agar mengawal jualan minuman keras di kedai mereka dan jangan menjualnya kepada orang Islam.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, garis panduan penuh tentang perkara ini akan dikeluarkan dalam masa sebulan oleh kerajaan negeri.
Isu penjualan minuman keras di kedai 24 jam menjadi isu di kalangan orang Islam kerana ia menjadi punca remaja dan golongan lain mengambil kesempatan membelinya di waktu lewat malam.
Ia menjadi gejala sosial di banyak tempat terutama di kalangan penduduk taman perumahan kerana mereka membeli dan meminum minuman keras ini di waktu malam. Ini kerana kebanyakan orang Islam masih segan dan malu untuk membeli dan meminumnya di khalayak ramai kerana Islam mengharamkan penjualan dan meminum arak.
Penduduk Bandar Baru Bangi yang diketuai wakil rakyat mereka, Dr Shafei Abdul Rahman, sebelum ini pernah membuat kempen meminta penduduk memboikot kedai serbanika 24 jam, 7-Eleven kerana menjual minuman keras di kawasan penduduk majoriti Islam.
Ekoran itu, kedai itu tidak lagi menjual minuman keras di situ kerana tidak mahu diboikot oleh penduduk.
Namun di kawasan lain, ia terus berlaku bahkan memaparkan kempen dan promosi minuman keras di kedai-kedai kereka.
Ini telah menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan umat Islam dan ekoran itu PAS di tekan kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan mereka adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah pihak berkuasa tempatan pertama yang cuba membincangkan perkara ini dengan serius.
Hasilnya, keputusan dicapai untuk menghentikan jualan minuman keras ini di kedai-kedai serbanika 24 jam ini. Melalui bahagian perlesenan, penguatkuasa MBSA merampas minuman keras melalui satu kedai 7-Eleven yang terletak di sebelah sebuah surau.
Namun, memandangkan kerajaan negeri tidak membuat sebarang kata putus mengenainya, Exco kerajaan tempatan, Ronieo Liu campur tangan dan Datuk Bandar Shah Alam terpaksa mengarahkan minuman keras itu diserahkan balik.
Tindakan ini mengecewakan para penyokong PAS dan berakhir dengan desakan agar Ronie melepaskan jawatannya. Namun sebahagian besar mereka cenderung kepada penyelesaian secara baik antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat bukan melalui desakan meletakkan jawatan.
Seluruh badan MJ telah dihiris, tiada ruang untuk dibedah lagi

Michael Jackson beramah mesra dengan para peminatnya semasa The World Music Awards di Earls Court, London pada 15 November 2006. -foto AP
MAYAT Michael Jackson yang telah dihiris dan dipotong semasa bedah siasat dilakukan tidak dapat lagi diteruskan untuk proses bedah siasat selanjutnya kerana sudah tiada bahagian pada tubuhnya untuk dibedah lagi, ianya didedahkan semalam.
Menurut laporan ada mengatakan ibu Michael, Katherine, ada mengarahkan ujian baru dijalankan ke atas mayat anaknya itu kerana yakin kematian anaknya itu berpunca dari perbuatan khianat seseorang.
Namun, menurut Timbalan Pemeriksa Perubatan Los Angeles, Dr. Paul Gliniecki mengatakan, bedah siasat terbaru tidak dapat dijalankan kerana tidak ada gunanya.
"Semasa bedah siasat dijalankan, seluruh tubuh badan Michael telah dipotong dan dihiris... sudah tiada ruang lagi untuk dibedah.
"Sewaktu bedah siasat kedua juga, agak sukar untuk kami lakukan, inikan pula untuk kali ketiga," katanya.
Kesemua organ dan tisu di dalam tubuh Michael telah dikeluarkan. Pihak koroner juga masih tidak dapat mengenalpasti punca kematian Michael, 50, pada 25 Jun lalu.

Mstar online
TAPAI Ubi Cegah Kanser (Berita Jan.2005)

SERDANG: Satu kajian yang dilaksanakan oleh sekumpulan penyelidik tempatan mendapati tapai ubi mungkin mampu membantu mencegah kanser kerana mengandungi banyak bakteriosin.Kajian awal yang dijalankan oleh sekumpulan pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, bakteriosin - sejenis protein yang dihasilkan melalui proses penapaian - memberi hasil positif terhadap aktiviti antikanser.Sehubungan itu, satu kajian terperinci akan dilakukan oleh Pensyarah Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains UPM, Dr Latifah Saiful Yazan, yang menerima geran bernilai RM20,000 daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) bagi tujuan itu.Dr Latifah berkata, walaupun bakteriosin dikenal pasti menunjukkan tindak balas yang positif untuk menggalakkan aktiviti antikanser, ini tidak berpotensi bagi mengubat penyakit berkenaan. Kajian yang akan dijalankan adalah kesinambungan kepada penyelidikan yang dibuat rakannya, Prof Madya Dr Foo Hooi Ling, yang berjaya mengekstrak bakteriosin berkenaan daripada tapai ubi."Kajian awal kita mendapati tapai ubi berpotensi mencegah tujuh penyakit kanser seperti servikal, ovari, payudara dan leukimia," katanya pada sidang media selepas menerima geran penyelidikan Makna di sini, semalam. Geran itu disampaikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha. Selain Dr Latifah, penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) , Lim Moon Nian turut menerima geran RM30,000 bagi penyelidikannya mengenai kanser.Dr Latifah berkata, bacteriosin yang dihasilkan oleh tapai ubi mampu bertahan dalam suhu tinggi, iaitu sehingga 121 darjah Celsius. "Jika kajian ini berjaya, satu produk makanan berasaskan bakteriosin mungkin dapat dihasilkan untuk mencegah penyakit kanser. Bahan itu juga boleh digunakan sebagai ubat tahan dalam industri makanan," katanya.Dalam sidang media yang sama, Kong berkata, penyelidikan kanser di negara ini perlu diselaraskan di peringkat kebangsaan dengan segala maklumat dan penemuan terkini dikumpulkan untuk dikongsi bersama. Katanya, penyelarasa n itu perlu dilakukan segera bagi memastikan tiada penyelidikan sama dibuat sekali gus, dapat memastikan tidak berlaku pembaziran.Pada majlis sama, Timbalan Presiden Makna, Prof Dr Cheong Soon Keng, mengumumkan majlis itu menambah peruntukan tahunan Anugerah Penyelidika n Kanser Makna daripada RM50,000 kepada RM100,000 mulai tahun ini."Penambahan ini adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai saintis muda merealisasikan penyelidikan mereka menjadi sesuatu yang akan memberikebaikan kepada usaha melawan penyakit kanser," katanya.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:23 AM
Jangan bawa anak ke tempat terbuka elak jangkitan H1N1 - Exco
Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir Sun Aug 09, 09 6:48:35 pm MYT

KOTA BHARU, 9 Ogos (Hrkh) - Ibubapa dinasihatkan supaya mengkuarantinkan anak-anak sebagai langkah awal mengelak jangkitan virus influenza A (H1N1) yang kini semakin kronik melanda negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Hajah Wan Ubaidah Omar berkata, walaupun kerajaan belum mengisytiharkan peraturan itu, namun demi kebaikan keluarga ada baiknya ibu bapa bertindak awal.
"Memandangkan keadaan penyakit H1N1 tiada tanda tanda semakin terkawal, ibubapa seharusnya mengawal ahli keluarga daripada menghadiri tempat terbuka.
"Elakkan membawa anak-anak ke tempat terbuka kerana bimbang dengan peningkatan kes tersebut sekarang," ujarnya selepas merasmikan Hari Keluarga dan Kesihatan Desa Taqwa Bechah Mulong, baru-baru ini.
Hari ini Menteri Kesihatan Dato' Seri Liow Tiong Lai dilaporkan memberitahu lapan lagi kematian akibat H1N1 yang kini sedang menular di 26 negara.
Sedangkan semalam 18 orang disahkan menjadi korban H1N1 dan jumlah jangkitan kepada 1,578 kes.
Wan Ubaidah turut mengingatkan ibubapa supaya segera membawa anak-anak ke hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan yang menyeluruh sekiranya terdapat tanda-tanda awal dijangkiti virus berkenaan.
Sempena program berkenaan turut diadakan pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Ketereh.
Sementara itu Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh mencadangkan Pusat Kesihatan Ketereh menjadikan kampung berkenaan sebagai kampung angkat bagi meningkatkan tahap kesihatan penduduk.
"Walaupun masyarakat kampung kini semakin celik masalah kesihatan, namun kajian tahap kesihatan penduduk perlu dilakukan dari semasa ke semasa," ujarnya.
Turut hadir pada majlis berkenaan anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir dan Presiden Pertubuhan Bimbingan Insan Kelantan, Ustaz Rosli Abdul Samad. - mj _

Harakah
Lapan lagi korban H1N1, jumlah 26Aug 9, 09 1:23pm

Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.Beliau memberitahu pemberita di Kota Kinabalu bahawa sebahagian daripada kematian tersebut membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi.Liow berkata, satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos, lapor Bernama.Menurutnya, dua daripada kes itu adalah dari Sabah. Yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari. Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama. Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja. Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor. Liow berkata pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan. "Setakat ini di Sabah, kes H1N1 yang disahkan ialah 402 kes, dua kematian, tujuh sedang dirawat di hospital di mana seorang dalam ICU, dan tujuh lagi kes ILI, sementara menunggu pengesahan," katanya.Menurut Liow lagi, terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi tidak mempunyai butirannya. Katanya, 35 sekolah telah ditutup di Sabah akibat wabak H1N1.
Malaysiakini